SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PELAJAR-PELAJAR SMK 4 SUNTINGAN FOTO SESI JULAI 2012

Tips dan Nasihat

Sebelum mencuba kesemua teknik dalam blog ini, kita perlu tahu tentang pemilihan foto yang mahu disunting.

Pilih foto yang terbaik bagi disunting kerana tujuan suntingan adalah menguatkan lagi mesej yang hendak disampaikan melalui sekeping foto.

Bagi mendapatkan foto yang terbaik, kita perlu menguasai kemahiran seni fotografi. Bukan sahaja daripada segi teknikal tetapi daripada sudut seni juga.

Dalam bidang suntingan, Photoshop tidak akan bermakna jika tiada foto yang baik. Belajar memilih foto yang sesuai untuk disunting. Tidak semua foto yang sesuai bagi kesemua teknik suntingan.

Dalam blog ini, setiap teknik dibentangkan secara langkah demi langkah. Imej hasil akan ditunjukkan, kemudian dibandingkan dengan imej asal. Ini bagi memudahkan pembaca membuat perbandingan serta menjangkakan hasil yang akan diperolehi daripada setiap teknik itu. 

No comments:

Post a Comment