SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PELAJAR-PELAJAR SMK 4 SUNTINGAN FOTO SESI JULAI 2012

Friday 7 December 2012

TEKNIK SUNTINGAN LANSKAP



TEKNIK SUNTINGAN FOTO 'PEMANDANGAN ALAM SEKITAR'



IMEJ ASAL
 



IMEJ SELEPAS DIEDIT


Perkara utama yang sering mempengaruhi hasil foto adalah kualiti warna dan pencahayaan. Kita boleh mengedit foto-foto dengan perisian suntingan digital.  Terdapat pelbagai cara yang dapat digunakan bagi suntingan gambar-gambar pemandangan lanskap. 





LANGKAH 1

Tahap pertama perhatikan foto yang hendak disunting, lalu cari kekurangannya. Tentukan sama ada foto gelap, warnanya suram ataupun kurang periciannya. Sekiranya sudah diketahui, lakukan suntingan. Berdasarkan foto di atas, foto ini kurang terang.


LANGKAH 2


Mula-mula duplicate layer Background. Tekan [Ctrl] + [J]. 


Langkah 2 : Duplicate layer Background 





LANGKAH 3



Jika gambar kurang terang, caranya gunakan fungsi adjustment untuk mengubah dari segi pencahayaannya. Caranya, klik [Image] > [Adjustment] > [Level].


Sekiranya foto kelihatan gelap, gerakkan slider putih ke kiri sehingga foto kelihatan terang. Jangan lupa menggerakkan sedikit slider kelabu (midtones) ke kanan bagi mengekalkan perincian foto. Sekiranya foto terlalu terang, gerakkan slider hitam ke kanan. Sesudah itu klik ok.









LANGKAH 4

Cara lain bagi mengekalkan perincian dan mengatur pencahayaan dengan kontras adalah seperti Brightness/Contrast. Klik [Image] > [Adjustment] > [Brightness/Contrast]. Kemudian klik ok.




LANGKAH 5

Membaiki warna dan pencahayaan dapat dilakukan dengan fungsi Curve. Klik [Image] > [Adjustment] > [Curve]. Pada kotak dialog Curve, terdapat beberapa fungsi segera membaiki foto. Contohnya, butang [Auto] bagi membaiki kualiti pencahayaan secara automatik.




LANGKAH 6

Jika gambar kurang dari segi pencahayaan, boleh juga striking color gambar menggunakan Vibrance dan Saturation.




LANGKAH 7

Bagi mengatur pencahayaan pula, klik [Image] > [Adjustment] > [Exposure]. Gerakkan ketiga-tiga slider yang ada bagi meningkatkan cahaya terang ataupun gelap foto. Klik ok.



SIAP!



Gambaran penuh hasil teknik suntingan lanskap

No comments:

Post a Comment