SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PELAJAR-PELAJAR SMK 4 SUNTINGAN FOTO SESI JULAI 2012

Thursday 6 December 2012

TEKNIK COLOR CAST









TEKNIK SUNTINGAN FOTO 'COLOR CAST'

IMEJ ASAL



IMEJ SELEPAS

Color Cast adalah teknik mengubah tone warna foto kepada tone warna yang lebih sejuk. Secara dasarnya, teknik ini menggunakan adjustment Curves, Hue/Saturation dan beberapa pengisian warna yang digabungkan.







LANGKAH 1

Buka foto pilihan dalam Photoshop.


LANGKAH 2

  1. Duplicate layer Background dengan menekan [Ctrl] + [J]. Photoshop akan menamakan layer ini sebagai layer 1.
  2. Sembunyikan (hide) Layer 1 dengan menutup ikon mata pada Layer 1.



Langkah 2 : Duplicate layer Background dan hide Layer 1



LANGKAH 3

Select semula layer Background. Kemudian, tambahkan adjustment layer, > [Curves]. 



Untuk channel RED, ada empat titik:
Titik 1 : Output 0, Input 0
Titik 2 :  Output 80, Input 152
Titik 3 :  Output 188, Input 202
Titik 4 :  Output 255, Input 255

















Untuk channel GREEN, ada empat titik:
Titik 1 : Output 0, Input 0
Titik 2 :  Output 151, Input 93
Titik 3 :  Output 229, Input 255
















Untuk channel BLUE, ada empat titik:
Titik 1 : Output 0, Input 0
Titik 2 :  Output 125, Input 91
Titik 3 :  Output 211, Input 170
Titik 4 :  Output 200, Input 255










Rupa bentuk curve pada Channel Red, Green dan Blue dalam Curves 



LANGKAH 4

  1. Buat satu layer baru.
  2. Klik pada kotak Foreground Color dan masukkan kod warna biru [#002541]
  3. Fill warna biru ke dalam layer yang baru tadi. Tekan [Alt] + [Backspace] bagi memasukkan warna.



Langkah 4 : Masukkan kod warna [#002541] pada Foreground Color


LANGKAH 5

Tukarkan Blend mode Layer 2 daripada Normal kepada [Exclusion] dan turunkan nilai opacity kepada [24%].

Langkah 5 : Tukarkan Blend mode kepada [Exclusion]


LANGKAH 6



Tambahkan adjustment layer, > [Hue/Saturation]. Turunkan nilai saturation kepada [-45]. Tujuannya bagi mengurangkan kepekatan warna supaya menjadi pudar.

Langkah 6 : Turunkan nilai Saturation dalam adjustment Hue/Saturation



LANGKAH 7

Tambahkan adjustment layer, > [Selective Color]. Tidak perlu menukar apa-apa nilai. Klik ok



LANGKAH 8

  1. Ulang langkah 7 bagi mendapatkan adjustment Selective Color dengan setting yang sama.
  2. Langkah 7 dan 8 akan mengurangkan kontra warna pada imej. Kita boleh langkau kedua-dua langkah ini sekiranya ingin imej yang lebih kontras.




Langkah 7 - 8 : Tambahkan [Adjustment] > [Selective Color]



LANGKAH 9

Kembali kepada Layer 1 yang kita hide tadi. Aktifkan semula ‘mata’ Layer 1 bagi menampilkan imej.
Kemudian, turunkan nilai Opacity Layer 1 kepada [48%]. Nilai Opacity layer ini dapat dilaras bagi mencapai tahap color cast yang sesuai dengan imej kita.


SIAP!




Gambaran penuh hasil teknik Color Cast





No comments:

Post a Comment